Oct 11, 2009

kita buat apa yang patut remaja muslim lakukan

MASA senggang bermaksud masa lapang dan masa luang bagi remaja yang memerlukan cara bagi menggunakannya. Masa senggang biasanya ada pada hujung minggu atau waktu cuti atau masa-masa tertentu yang lain. Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masa berlaku. Masa senggang kalau digunakan dengan baik amat bermanfaat dalam menimba ilmu pengetahuan menerusi ulang kaji, mendapat maklumat baru menerusi pembacaan, perbincangan, melayari internet dan juga menonton.
-DR. SIDEK BABA

salam sahabat-sahabat sekalian..
Flower Pictures, Images and Photos
best yer cuti..boleh release tension final aritu..-syera
macam mana cuti semester kali ni? dah ada plan apa-apa ke supaya masa kita sentiasa bermanfaat?? orang kata masa itu emas..dan masa muda macam kita sekarang ni sangat-sangatlah berharga. jadi marilah kita hiasi masa-masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah=)

Dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang membicarakan tentang masa. Allah berfirman,
Demi Masa. Manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan orang-orang yang sentiasa berpesan untuk kebenaran dan juga dengan kesabaran. (Al-Asr: 1-3)


sedikit ulasan dari blog dr sidek baba..

waktu remaja ni, kita dapati masa senggang kita banyak..itu yang menyebabkan kadang-kadang kita tak dapat membuat perancangan yang tertentu. jadual waktu amat penting. Walaupun ia tidak semestinya rigid atau ketat tetapi merancang apa yang patut dibuat dan mengisi masa senggang adalah amat perlu.
jika tidak, pembaziran masa akan terjadi. inilah yang menyebabkan kita kadang-kadang hilang keutamaan dan hilang fokus. Bila keadaan begini berlaku pengurusan masa sudah menjadi bercelaru. Keadaan seperti ini amat merugikan bakat dan usia kita.

jadi, apa yang perlu kita lakukan?

kita boleh mengambil semangat surah Al-Asr iaitu beriman dan beramal soleh. Asas ini penting supaya masa senggang dapat dimanfaatkan untuk hal-hal yang berfaedah dan amat berguna untuk mengembangkan bakat dan minat kita semua. Maksud surah Al-Asr ialah mengingatkan kita tentang kepentingan masa dalam kaitannya dengan amal soleh yang kita lakukan dalam hidup ini. Mengisi masa senggang secara langsung dan tidak langsung boleh dikaitkan dengan amal soleh. Berhubung dengan kawan-kawan menerusi telefon, internet, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel berbicara mengenai ilmu dan fikir adalah amal soleh. Melakukan riadah dan kegiatan rekreasi untuk kesihatan badan adalah juga amal soleh. Mendengar lagu-lagu yang menimbulkan kesedaran di samping hiburan dengan lirik-lirik yang merangsang kebaikan adalah amal soleh. Membaca akhbar, majalah, buku dan menonton bahan-bahan yang tidak melalaikan adalah juga amal soleh. Menolong ibu bapa dan jiran untuk kebaikan dan kebajikan juga amal soleh. Malah apa saja kegiatan masa senggang yang Allah reda, semuanya boleh menjadi amal soleh dengan izin-Nya.

Remaja yang beriman adalah remaja yang memiliki ihsan yang tinggi. Ihsan yang tinggi meletakkan kita sentiasa dalam taqwa. kita akan melakukan sesuatu kebaikan dengan ikhlas tanpa niat untuk berbangga kerana kita tahu seluruh hidup ini adalah ibadah dan apa saja yang dilakukan baik di masa senggang atau tidak, ia dikaitkan sebagai ibadah. Bagi remaja Islam yang beriman, setiap saat yang berlalu memberi makna yang besar. Setiap jam yang berjalan ada benda-benda yang bermanfaat dilakukan. Setiap hari, minggu dan bulan yang beredar para remaja mencapai kejayaan diri dan peribadi keluarga dan akhirnya kejayaan untuk masyarakat dan negara.

Masa senggang yang ditempuhi tidak berlalu dengan sia-sia. Ia diisi dengan hal-hal yang bermanfaat hatta tidur pun boleh menjadi ibadah sekiranya tidur itu boleh memberi kerehatan dan akhirnya kekuatan untuk bekerja dan berusaha dengan lebih kuat. Masa senggang yang dirancang dan dijadual dengan baik boleh dijadikan sebagai sumber mengatur hidup.
Orang yang berjaya dalam hidupnya adalah orang yang mendisiplinkan dirinya dengan masa.
Mereka adalah orang-orang yang menepati masa , tidak membazir masa, tahu menggunakan masa dengan bijaksana, cemburu terhadap masa dan menghubungkan masa sebagai usaha meningkatkan amal dan ibadah.

SELAMAT BERAMAL...
wasalam..

No comments:

Post a Comment