Beberapa tip kesihatan utk tatapan dan ikutan semua
UBAT PENGGALAK KETENANGAN : Ia sejenis penyakit yg boleh dihindari jika kita tahu apa yg patut dimakan dan apa yg tidak. Makanan berkanji spr roti, nasi, pasta, kentang dan bijirin selain membekalkan tenaga, juga merupakan ubat semulajadi yg menggalakkan ketenangan.
MAKAN UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN:Serat mempunyai nilai mengawal berat badan. Serat memberi perasaan 'cukup' tanpa perlu menambah kalori. Jadi, ia mengelakkan kita daripada terlebih makan. Para pengkaji juga berkata, serat mempengaruhi penghadaman dan penyerapan makanan . Asas untuk mengurangkan berat badan ialah dengan lebihkan makanan berserat dan kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
AMBIL DIET RENDAH LEMAK: Diet rendah lemak, tinggi serat juga mengurangkan risiko kanser usus, menghilangkan sakit sindrom radang usus dan merendahkan tahap kolestrol dlm badan. Kolestrol tinggi merupakan penyumbang kepada penyakit strok dan penyakit jantung.
SUMBER SERAT TERBAIK: Sayur-sayuran(brokoli, kubis,bunga kobis,kacang pis,jagung manis), buah-buahan (epal,aprikot,pisang, kiwi,pic), buah buahan kering (prun, kurma,aprikot), bertih jagung,kekacang dan bijian, oat, bawang, kentang, beras perang dan gandum.
MAKANAN UNTUK CEGAH JANGKITAN: Bawang putih telah lama diketahui khasiatnya bagi menyembuhkan penyakit semenjak zaman Babylon dan Mesir Kuno. Org Greek memberikan atlet mereka bawang putih sebagai perangsang dan di China teh bawang dipreskripsikan untuk demam dan jangkitan. Di India bawang putih digunakan sebagai antiseptik.
TERUSKAN MAKAN LOBAK MERAH: Untuk kesihatan mata, lobak merah memang cukup berkesan. tetapi tahukah anda ia juga amat baik untuk sistem pertahanan badan dan darah? Ia cuma mengandungi 23 kalori setiap 100gm!!!
InsyaAllah..